Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum
baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia
bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti
sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Menurut
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya,
pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih
untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan
teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik
dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut
serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam
subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Sukatan
pelajaran dan rancangan pengajaran harian merupakan antara perkara yang
penting dan perlu difahami oleh seseorang guru supaya pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan olehnya di dalam bilik darjah berkesan
dengan baik. Bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Islam di sekolah
rendah, kerajaan telah menggubal satu kurikulum baru yang diberi nama
KSSR menggantikan kurikulum sebelum itu ini iaitu KBSR.
KSSR ialah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bermaksud, semua murid yang
berada di Malaysia akan diajar kurikulum yang standard. Modul yang
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah rujukan utama.
Guru-guru
yang mengajar Tahun 1 telah pun diberi kursus dan penerangan tentang
pelaksanaan KSSR ini. KSSR yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu:
Modul Asas Teras
Bahasa
Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil
(BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesihatan dan
Pendidikan Jasmani.
Modul Asas Tema
Dunia
Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi. Masing-masing mendedahkan
kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan
Maklumat.
Modul Asas Elektif
Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Tahap
Satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga 3) akan tertumpu pada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Tahap
Dua sekolah rendah pula (Tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi kurikulum Tahap Dua pula
membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, kurikulum diorganisasikan
dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014.
Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk
danTeknologi Maklumat/ICT dan Sejarah.
Selain itu,
kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam
tahun di seluruh negara. Tumpuan di peringkat pra sekolah ialah
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah,
persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal kemahiran 4M.
Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR:
• Komunikasi
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Kemanusiaan
• Keterampilan diri
• Sains dan teknologi
• Kerohanian, sikap dan nilai.
Esaimen Maya
Sunday, 24 February 2013
Thursday, 14 February 2013
Contoh Surat Tukar Sekolah
Sifulan bin Sifulanah
Jalan Kilang Papan,
Kampung
Melayu,
48100 Rawang
SELANGOR
DARUL EHSAN.
Melalui;
Guru Besar,
Sekolah
Kebangsaan Lubang Buaya,
Peti
Surat 59,
89857,
Sipitang,
SABAH.
Kepada,
Pegawai
Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan,
Beg Berkunci 02,
90400, Sandakan,
SABAH.
(u.p: Tuan ___________________)
Tuan/ Puan,
PERMOHONAN
PERTUKARAN SEKOLAH KE NEGERI SELANGOR
NAMA PELAJAR : SIFULAN BIN SIFULANAH
NO. K/P : 860424-44-4444
JAWATAN
: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
TEMPOH BERKHIDMAT : 2010-2011/
SETAHUN
OPSYEN : KPLI Pendidikan Jasmani
2. Dengan segala
homatnya perkara di atas adalah dirujuk. Berikutan
itu, saya ingin memohon pertukaran sekolah dari pihak tuan.
3. Walau bagaimanapun,
tujuan permohonan ini dibuat atas beberapa sebab. Antara sebabnya adalah;
3.1 Faktor
kesihatan bapa. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah ketiadaan ibu yang sudah
meninggal dunia sejak tahun 2002 dan kini bapa saya menghidap penyakit jantung
dan kencing manis yang serius. Hal ini menyebabkan saya perlu memberikan
tumpuan terhadap kebajikan bapa saya memandangkan saya adalah anak sulung dan
semua adik-beradik saya masih belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan dan luar negara. Tambahan pula, saya perlu memberi perbelanjaan kepada
adik-adik kerana bapa saya juga tidak lagi mampu untuk bekerja kerana beliau telah uzur.
3.2 Isteri
saya pula seorang guru dan ditugaskan di SK Seksyen 11, Kota Damansara,
Selangor. Kini isteri saya sarat
mengandung 7 bulan, malah kini dia dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit
tekanan darah rendah dan saya perlu memberikan kebajikan dan menjaganya kerana
ia adalah tanggungjawab saya sebagai suami. Lebih-lebih lagi kandungan isteri
saya kini merupakan bakal anak kami yang sulung. InsyaAllah.
3.3 Faktor
keselamatan isteri dan keluarga. Memandangkan kami tinggal berjauhan isteri
saya tinggal berjauhan di rumah sewanya. Keadaan ini turut merunsingkan saya
dimana keselamatan dan kebajikan isteri adalah tanggungjawab saya sebagai
seorang suami. Hal ini menyebabkan isteri saya memikul tugas yang lebih berat
dalam menguruskan kerja rumah. Secara tidak langsung ini mengganggu serta
menjejaskan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan isteri saya.
3.4 Faktor
tekanan emosi dan bebanan tanggungjawab. Sebagai seorang suami yang merupakan
ketua dalam keluarga saya sering menghadapi tekanan dan bebanan tersebut
apabila masalah ini berterusan. Ini kerana saya perlu memikirkan dan
menguruskan hal berkaitan keluarga saya yang berada jauh dari tempat saya
berkhidmat sekarang. Di samping prestasi kerja saya juga terjejas secara tidak
langsung. Hal ini juga, merunsingkan saya serta mengganggu mutu kerja saya
sebagai warga pendidik dan secara tidak langsung akan menjejaskan mutu
pengajaran saya.
4. Sehubungan dengan
itu, saya merayu kepada pihak tuan agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan
permohonan pertukaran sekolah saya ke Negeri Selangor. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada
pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………
( SIFULAN BIN SIFULANAH)
Guru PJ
Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
PENANDA WACANA
PENANDA WACANA
berdasarkan rencana
“ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”
Penanda Wacana
|
Jenis
|
Ayat dalam rencana
|
1) dan
|
Penambahan
|
Dua strategi lagi ialah meningkatkan kecekapan tenaga dan penggunaan
tenaga boleh diperbaharui.
|
2) seperti
|
Contoh
|
..kompenan perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan telivisyen
…mengubah mentaliti kelas ketiga kepada kelas pertama seperti rakyat
Jepun.
|
3) selepas
|
Masa
|
…perlu dikitar semula selepas tamat tempoh hayatnya atau rosak.
|
4) setiap hari
|
Masa
|
…kebanyakkan hotel turut mengitar semula sisa makanan dihasilkan setiap hari
melalui teknik pengkomposan…
|
5) antaranya
|
Turutan
|
Pengalaman penulis mengunjungi Jepun antaranya ke Tokyo, Hirazumi,
Kawasaki, Yokohama dan Sendai.
|
6) bagi
|
Kata Penghubung
|
Hampir setiap kawasan perbandaran mempunyai insenerator bagi membakar
sisa pepejal
|
7) manakala
|
Penambahan
|
Manakala tenaga haba
dihasilkan melalui proses itu digunakan menjana tenaga elektrik yang
disambung kepada grid untuk kegunaan awam.
|
8) Dengan kata lain
|
Penanda Wacana Umum
|
Dengan kata lain, hanya sampah
tidak boleh dikitar dibawa ke insenerator untuk dilupus
|
9) Kerana itu
|
Kata Penghubung
|
Kerana itu sampah dianggap
sumber di Jepun.
|
10) dibandingkan
|
Perbandingan/ Perbezaan
|
Keadaan ini jika dibandingkan dengan negara kita..
|
11) ibarat
|
Contoh
|
…ibarat
‘langit dan bumi’ kerana kebanyakkan tapak perlupusan di sini tidak diuruskan
dengan baik.
|
12) Justeru
|
Penanda Wacana Umum
|
Justeru, kesedaran
mengenai kitar semula dan melakukan pengasingan sampah di rumah..
|
KOHESIF / TAUTAN
berdasarkan rencana
“ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”
Jenis
|
Contoh ayat dalam rencana
|
Tautan Perulangan Rujukan
|
a)
Jepun negara maju yang wajar
dicontohi Malaysia dalam usaha memelihara lingkungan alam sekitar…
b)
Penduduk di negara
itu mengitar semula 40 peratus sampah yang mereka hasilkan setiap hari.
|
Tautan Perulangan Leksikal
|
a)
Penduduk di
negara itu mengitar semula 40 peratus sampah yang mereka hasilkan
setiap hari
b)
Usaha kitar
semula negara itu mendapat sokongan industri berkaitan...
|
Tautan Perulangan Rujukan
|
a)
Hampir setiap
lawasan perbandaran mempunyai insinerator bagi membakar sisa pepejal,
b)
manakala tenaga haba dihasilkan melalui proses itu...
|
Tautan Perulangan Rujukan
|
a)
Lebih menyedihkan
apabila kebanyakkan sampah dibawa ke tpak pelupusan tidak diasing
sedangkan sebahagian besar daripadanya boleh dikitar semula..
|
Tautan Perulangan Rujukan
|
a)
Masahiko Ishizuka
menerangkan tahap kesedaran dan komitmen rakyat di Jepun tinggi kerana
mereka menganggap isu alam sekitar penting…
|
Tautan Perulangan Leksikal
|
a)
Kerana itu sampah
dianggap sumber di Jepun.
b)
Kami tidak akan
membazir sumber selagi ia boleh diguna pakai untuk pelbagai perkara.
|
Tautan Penghubung Ayat
(Jenis Tambahan)
|
a)
Manakala tenaga haba dihasilkan
melalui proses itu digunakan menjana tenaga elektrik yang disambung kepada
grid untuk kegunaan awam.
|
Tautan Penghubung Ayat
(Jenis Waktu)
|
a)
Sebelum ini Timbalan Setiausaha
Bahagian Konservasi Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Dr Gary W Theseira, berkata pengurusan sisa pepejal lebih efektif adalah
antara tiga strategi utama kerajaan…
|
Tautan Perulangan Leksikal
(sinonim)
|
|
KOHEREN / RUNTUTAN
berdasarkan rencana
“ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”
· Negara maju itu
juga mempunyai akta khas mewajibkan peratusan tertentu kompenan perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan telivisyen perlu dilitar semula selepas
tamat tempoh hayatnya atau rosak.
- Dalam perenggan di atas, kesinambungan idea tentang negara Jepun yang
serius dalam melakukan kitar semula melalui perkataan mengitar semula dan
perkataan mewajibkan memberikan mesej yang jelas akan penegasan aktiviti ini.
2)
“Kerana itu sampah dianggap sumber di Jepun. Kami tidak akan membazir
sumber selagi ia boleh diguna pakai untuk pelbagai perkara. Rakyat sedar
peranan masing-masing terhadap menjaga alam sekitar.”
- Ayat di atas, menunjukkan setiap ayat berkaitan dengan ‘kitar semula’.
Walaupun tidak dinyatakan perkataan tersebut. Ketiga-tiga ayat ini merujuk
kepada satu makna yang sama tetapi ia di nyatakan dalam perkataan sumber dan
menjaga alam sekitar. Ketiga-tiga ayat
di atas menjadi koheren yang bermakna.
3)
Keadaan ini jika dibandingkan dengan negara kita ibarat ‘langit dan
bumi’ kerana kebanyakkan tapak pelupusan di sini tidak diurus dengan baik. Ini
tebukti apabila lebih 90 peratus daripada 176 tapak pelupusan sedia ada adalah
kawasan pembuangan terbukayang tidak mesra alam.
· Lebih menyedihkan apabila kebanyakan sampah dibawa ke tempat pelupusan
tidak diasing sedangkan sebahagian besar daripadanya boleh dikitar semula.
- Dalam perenggan di atas, menjelaskan aktiviti kitar semula di Malaysia
masih tidak dapat menandingi negara Jepun. Ketiga-tiga ayat saling berkaitan
tentang kaedah kitar semula yang telah dilakukan secara tidak betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)