Sunday 24 February 2013

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran harian merupakan antara perkara yang penting dan perlu difahami oleh seseorang guru supaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan olehnya di dalam bilik darjah berkesan dengan baik. Bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah, kerajaan telah menggubal satu kurikulum baru yang diberi nama KSSR menggantikan kurikulum sebelum itu ini iaitu KBSR.
KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bermaksud, semua murid yang berada di Malaysia akan diajar kurikulum yang standard. Modul yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah rujukan utama.
Guru-guru yang mengajar Tahun 1 telah pun diberi kursus dan penerangan tentang pelaksanaan KSSR ini. KSSR yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu:

Modul Asas Teras
Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani.

Modul Asas Tema
Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi. Masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.


Modul Asas Elektif
Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Tahap Satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga 3) akan tertumpu pada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Tahap Dua sekolah rendah pula (Tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014. Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk danTeknologi Maklumat/ICT dan Sejarah.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun di seluruh negara. Tumpuan di peringkat pra sekolah ialah perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal kemahiran 4M.

Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR:
• Komunikasi
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Kemanusiaan
• Keterampilan diri
• Sains dan teknologi
• Kerohanian, sikap dan nilai.

Thursday 14 February 2013

Contoh Surat Tukar Sekolah


Sifulan bin Sifulanah
Jalan Kilang Papan,
Kampung Melayu,
48100 Rawang
SELANGOR DARUL EHSAN.

Melalui;

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya,
Peti Surat 59,
89857, Sipitang,
SABAH.


Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan,
Beg Berkunci 02,
90400, Sandakan, 
SABAH.
 (u.p: Tuan ___________________)

Tuan/ Puan,
PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH KE NEGERI SELANGOR
NAMA PELAJAR               : SIFULAN BIN SIFULANAH
NO. K/P                                : 860424-44-4444
JAWATAN                            : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
TEMPOH BERKHIDMAT : 2010-2011/ SETAHUN
OPSYEN                                : KPLI Pendidikan Jasmani

2.         Dengan segala homatnya perkara di atas adalah dirujuk. Berikutan itu, saya ingin memohon pertukaran sekolah dari pihak tuan.
3.         Walau bagaimanapun, tujuan permohonan ini dibuat atas beberapa sebab. Antara sebabnya adalah;
3.1            Faktor kesihatan bapa. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah ketiadaan ibu yang sudah meninggal dunia sejak tahun 2002 dan kini bapa saya menghidap penyakit jantung dan kencing manis yang serius. Hal ini menyebabkan saya perlu memberikan tumpuan terhadap kebajikan bapa saya memandangkan saya adalah anak sulung dan semua adik-beradik saya masih belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. Tambahan pula, saya perlu memberi perbelanjaan kepada adik-adik kerana bapa saya juga tidak lagi mampu untuk bekerja  kerana beliau telah uzur.
3.2         Isteri saya pula seorang guru dan ditugaskan di SK Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.  Kini isteri saya sarat mengandung 7 bulan, malah kini dia dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit tekanan darah rendah dan saya perlu memberikan kebajikan dan menjaganya kerana ia adalah tanggungjawab saya sebagai suami. Lebih-lebih lagi kandungan isteri saya kini merupakan bakal anak kami yang sulung. InsyaAllah.
3.3            Faktor keselamatan isteri dan keluarga. Memandangkan kami tinggal berjauhan isteri saya tinggal berjauhan di rumah sewanya. Keadaan ini turut merunsingkan saya dimana keselamatan dan kebajikan isteri adalah tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Hal ini menyebabkan isteri saya memikul tugas yang lebih berat dalam menguruskan kerja rumah. Secara tidak langsung ini mengganggu serta menjejaskan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan isteri saya.
3.4        Faktor tekanan emosi dan bebanan tanggungjawab. Sebagai seorang suami yang merupakan ketua dalam keluarga saya sering menghadapi tekanan dan bebanan tersebut apabila masalah ini berterusan. Ini kerana saya perlu memikirkan dan menguruskan hal berkaitan keluarga saya yang berada jauh dari tempat saya berkhidmat sekarang. Di samping prestasi kerja saya juga terjejas secara tidak langsung. Hal ini juga, merunsingkan saya serta mengganggu mutu kerja saya sebagai warga pendidik dan secara tidak langsung akan menjejaskan mutu pengajaran saya.
 4.         Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada pihak tuan agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan pertukaran sekolah saya ke Negeri Selangor.  Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


………………………………………
( SIFULAN BIN SIFULANAH)
Guru PJ
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

PENANDA WACANA


PENANDA WACANA 

berdasarkan rencana “ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”
Penanda Wacana

Jenis
Ayat  dalam rencana
1) dan
Penambahan
Dua strategi lagi ialah meningkatkan kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
2) seperti
Contoh
..kompenan perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan telivisyen

…mengubah mentaliti kelas ketiga kepada kelas pertama seperti rakyat Jepun.
3) selepas
Masa
…perlu dikitar semula selepas tamat tempoh hayatnya atau rosak.
4) setiap hari
Masa
kebanyakkan hotel turut mengitar semula sisa makanan dihasilkan setiap hari melalui teknik pengkomposan…
5) antaranya
Turutan
Pengalaman penulis mengunjungi Jepun antaranya ke Tokyo, Hirazumi, Kawasaki, Yokohama dan Sendai.
6) bagi
Kata Penghubung
Hampir setiap kawasan perbandaran mempunyai insenerator bagi membakar sisa pepejal
7) manakala
Penambahan
Manakala tenaga haba dihasilkan melalui proses itu digunakan menjana tenaga elektrik yang disambung kepada grid untuk kegunaan awam.
8) Dengan kata lain
Penanda Wacana Umum
Dengan kata lain, hanya sampah tidak boleh dikitar dibawa ke insenerator untuk dilupus
9) Kerana itu
Kata Penghubung
Kerana itu sampah dianggap sumber di Jepun.
10) dibandingkan
Perbandingan/ Perbezaan
Keadaan ini jika dibandingkan dengan negara kita..
11) ibarat
Contoh
ibarat ‘langit dan bumi’ kerana kebanyakkan tapak perlupusan di sini tidak diuruskan dengan baik.
12) Justeru
Penanda Wacana Umum
Justeru, kesedaran mengenai kitar semula dan melakukan pengasingan sampah di rumah..

 
KOHESIF / TAUTAN
berdasarkan rencana “ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”
Jenis
Contoh ayat dalam rencana
Tautan Perulangan Rujukan
a)      Jepun negara maju yang wajar dicontohi Malaysia dalam usaha memelihara lingkungan alam sekitar…

b)      Penduduk di negara itu mengitar semula 40 peratus sampah yang mereka hasilkan setiap hari.
Tautan Perulangan Leksikal
a)      Penduduk di negara itu mengitar semula 40 peratus sampah yang mereka hasilkan setiap hari

b)      Usaha kitar semula negara itu mendapat sokongan industri berkaitan...

Tautan Perulangan Rujukan
a)      Hampir setiap lawasan perbandaran mempunyai insinerator bagi membakar sisa pepejal,

b)       manakala tenaga  haba dihasilkan melalui proses itu...

Tautan Perulangan Rujukan
a)      Lebih menyedihkan apabila kebanyakkan sampah dibawa ke tpak pelupusan tidak diasing sedangkan sebahagian besar daripadanya boleh dikitar semula..



Tautan Perulangan Rujukan
a)      Masahiko Ishizuka menerangkan tahap kesedaran dan komitmen rakyat di Jepun tinggi kerana mereka menganggap isu alam sekitar penting…

Tautan Perulangan Leksikal
a)      Kerana itu sampah dianggap sumber di Jepun.

b)      Kami tidak akan membazir sumber selagi ia boleh diguna pakai untuk pelbagai perkara.

Tautan Penghubung Ayat
(Jenis Tambahan)
a)       Manakala tenaga haba dihasilkan melalui proses itu digunakan menjana tenaga elektrik yang disambung kepada grid untuk kegunaan awam.
Tautan Penghubung Ayat
(Jenis Waktu)
a)      Sebelum ini Timbalan Setiausaha Bahagian Konservasi Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Gary W Theseira, berkata pengurusan sisa pepejal lebih efektif adalah antara tiga strategi utama kerajaan…
Tautan Perulangan Leksikal
(sinonim)



 KOHEREN / RUNTUTAN
berdasarkan rencana “ Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun”

       1)  Penduduk di negara itu mengitar semula lebih 40 peratus sampah yang mereka hasilkan setiap hari.
·      Negara maju itu juga mempunyai akta khas mewajibkan peratusan tertentu kompenan perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan telivisyen perlu dilitar semula selepas tamat tempoh hayatnya atau rosak.
-      Dalam perenggan di atas, kesinambungan idea tentang negara Jepun yang serius dalam melakukan  kitar semula melalui perkataan mengitar semula dan perkataan mewajibkan memberikan mesej yang jelas akan penegasan aktiviti ini. 

2)   “Kerana itu sampah dianggap sumber di Jepun. Kami tidak akan membazir sumber selagi ia boleh diguna pakai untuk pelbagai perkara. Rakyat sedar peranan masing-masing terhadap menjaga alam sekitar.”
-       Ayat di atas, menunjukkan setiap ayat berkaitan dengan ‘kitar semula’. Walaupun tidak dinyatakan perkataan tersebut. Ketiga-tiga ayat ini merujuk kepada satu makna yang sama tetapi ia di nyatakan dalam perkataan sumber dan menjaga alam sekitar.  Ketiga-tiga ayat di atas menjadi koheren yang bermakna.        

3)   Keadaan ini jika dibandingkan dengan negara kita ibarat ‘langit dan bumi’ kerana kebanyakkan tapak pelupusan di sini tidak diurus dengan baik. Ini tebukti apabila lebih 90 peratus daripada 176 tapak pelupusan sedia ada adalah kawasan pembuangan terbukayang tidak mesra alam.
·     Lebih menyedihkan apabila kebanyakan sampah dibawa ke tempat pelupusan tidak diasing sedangkan sebahagian besar daripadanya boleh dikitar semula.
-   Dalam perenggan di atas, menjelaskan aktiviti kitar semula di Malaysia masih tidak dapat menandingi negara Jepun. Ketiga-tiga ayat saling berkaitan tentang kaedah kitar semula yang telah dilakukan secara tidak betul.