Sunday 24 February 2013

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran harian merupakan antara perkara yang penting dan perlu difahami oleh seseorang guru supaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan olehnya di dalam bilik darjah berkesan dengan baik. Bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah, kerajaan telah menggubal satu kurikulum baru yang diberi nama KSSR menggantikan kurikulum sebelum itu ini iaitu KBSR.
KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ini bermaksud, semua murid yang berada di Malaysia akan diajar kurikulum yang standard. Modul yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah rujukan utama.
Guru-guru yang mengajar Tahun 1 telah pun diberi kursus dan penerangan tentang pelaksanaan KSSR ini. KSSR yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu:

Modul Asas Teras
Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani.

Modul Asas Tema
Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi. Masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.


Modul Asas Elektif
Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Tahap Satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga 3) akan tertumpu pada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Tahap Dua sekolah rendah pula (Tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014. Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan ialah Reka Bentuk danTeknologi Maklumat/ICT dan Sejarah.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun di seluruh negara. Tumpuan di peringkat pra sekolah ialah perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal kemahiran 4M.

Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR:
• Komunikasi
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Kemanusiaan
• Keterampilan diri
• Sains dan teknologi
• Kerohanian, sikap dan nilai.

No comments:

Post a Comment