Thursday 14 February 2013

Contoh Surat Tukar Sekolah


Sifulan bin Sifulanah
Jalan Kilang Papan,
Kampung Melayu,
48100 Rawang
SELANGOR DARUL EHSAN.

Melalui;

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya,
Peti Surat 59,
89857, Sipitang,
SABAH.


Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan,
Beg Berkunci 02,
90400, Sandakan, 
SABAH.
 (u.p: Tuan ___________________)

Tuan/ Puan,
PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH KE NEGERI SELANGOR
NAMA PELAJAR               : SIFULAN BIN SIFULANAH
NO. K/P                                : 860424-44-4444
JAWATAN                            : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
TEMPOH BERKHIDMAT : 2010-2011/ SETAHUN
OPSYEN                                : KPLI Pendidikan Jasmani

2.         Dengan segala homatnya perkara di atas adalah dirujuk. Berikutan itu, saya ingin memohon pertukaran sekolah dari pihak tuan.
3.         Walau bagaimanapun, tujuan permohonan ini dibuat atas beberapa sebab. Antara sebabnya adalah;
3.1            Faktor kesihatan bapa. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah ketiadaan ibu yang sudah meninggal dunia sejak tahun 2002 dan kini bapa saya menghidap penyakit jantung dan kencing manis yang serius. Hal ini menyebabkan saya perlu memberikan tumpuan terhadap kebajikan bapa saya memandangkan saya adalah anak sulung dan semua adik-beradik saya masih belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara. Tambahan pula, saya perlu memberi perbelanjaan kepada adik-adik kerana bapa saya juga tidak lagi mampu untuk bekerja  kerana beliau telah uzur.
3.2         Isteri saya pula seorang guru dan ditugaskan di SK Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.  Kini isteri saya sarat mengandung 7 bulan, malah kini dia dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit tekanan darah rendah dan saya perlu memberikan kebajikan dan menjaganya kerana ia adalah tanggungjawab saya sebagai suami. Lebih-lebih lagi kandungan isteri saya kini merupakan bakal anak kami yang sulung. InsyaAllah.
3.3            Faktor keselamatan isteri dan keluarga. Memandangkan kami tinggal berjauhan isteri saya tinggal berjauhan di rumah sewanya. Keadaan ini turut merunsingkan saya dimana keselamatan dan kebajikan isteri adalah tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Hal ini menyebabkan isteri saya memikul tugas yang lebih berat dalam menguruskan kerja rumah. Secara tidak langsung ini mengganggu serta menjejaskan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan isteri saya.
3.4        Faktor tekanan emosi dan bebanan tanggungjawab. Sebagai seorang suami yang merupakan ketua dalam keluarga saya sering menghadapi tekanan dan bebanan tersebut apabila masalah ini berterusan. Ini kerana saya perlu memikirkan dan menguruskan hal berkaitan keluarga saya yang berada jauh dari tempat saya berkhidmat sekarang. Di samping prestasi kerja saya juga terjejas secara tidak langsung. Hal ini juga, merunsingkan saya serta mengganggu mutu kerja saya sebagai warga pendidik dan secara tidak langsung akan menjejaskan mutu pengajaran saya.
 4.         Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada pihak tuan agar dapat mempertimbangkan serta meluluskan permohonan pertukaran sekolah saya ke Negeri Selangor.  Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


………………………………………
( SIFULAN BIN SIFULANAH)
Guru PJ
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

No comments:

Post a Comment